Feb 4, 2011

23.00 am

menyampah gila bila masa perlu berfikir dan membuat keputusan, ada suara lain di dalam hati yang membangkang keputusan. 


hanya tinggal enam belas hari sahaja lagi untuk bekerja dan keputusan yang sepatutnya dilakukan selepas enam belas hari itu sedikit pun masih belum jelas.  apa masalah kau sebenarnya. gile !. keputusan berhenti itu memang kemahuan dan kehendak sendiri. malah, bagai tak sabar menanti selesainya enam belas hari itu. tapi perkara yang selepas tu,  kemahuan, atau keperluan ?


kadang-kadang rasa nak jadi kanak-kanak yang berumur enam tahun yang hanya mempunyai masalah pakaian apa yang hendak dipakai dan dengan siapa hendak bermain.  ye , sangat mustahil.

No comments:

hey !


ShoutMix chat widget